Penjagaan kesihatan dan kebersihan kanak kanak jangan dipandang remeh. dalam tahap umur mereka.. mereka masih belum kuat atau mempunyai sistem imun yang betul2 kuat untuk menghalang daripada dijangkiti virus atau penyakit..
Pentingnya penjagaan kesihatan terutama bab kebersihan adalah menjamin kesihatan anak anak kita.. berikut saya kongsikan tips2 penjagaan dan kebersihan kanak kanak yang boleh kita praktikkan dan ambil berat : -
- Sentiasa memakai pakaian yang bersih, kering dan selesa untuk dipakai
- Mencuci tangan selepas pergi ke tandas dengan sabun
- Sentiasa mencuci tangan sebelum dan selepas makan. Kita kena pastikan tangan mereka sentiasa bersih sebelum makan supaya terhindar dari keracunan makanan
- Galakkan anak anak kita tidur awal dan bangun awal pagi. Jika boleh halang mereka dari tidur lewat malam. Anak anak boleh jatuh sakit jika mereka kurang tidur.
- Menggunakan alat permainan yang bersih
- Pakaikan mereka kasut ketika berada diluar rumah untuk mengelakkan dari terluka dan kuman.
- Memotong kuku seminggu sekali
Jadi kita sebagai ibu bapa.. kalau boleh jangan sesekali mengabaikan tahap kebersihan anak anak kita bagi memastikan kesihatan mereka terjamin..
No comments:
Post a Comment