KEBAIKKAN DAN KEBURUKKAN MENGURUT KETIKA HAMIL



hai ibu ibu hamil semua. sihat ke semua... ok pagi ni saya nak up 1 entry mengenai mengurut ketika hamil. Kadang2 kita ibu hamil ni ada juga mengalami masalah selalu letih, tak bermaya dan sakit sakit badan. ye.. ada juga ibu ibu hamil yang sentiasa cergas, sihat dan tiada mengalami masalah yang saya nyatakan diatas. Kira beruntung la ibu ibu hamil yang senantiasa cergas dan tiada perkataan penat dalam diari hamil mereka. 

seperti saya, sejak saya bujang, dah berkahwin dan dalam pantang dan juga selepas bersalin walaupun anak dah besar, saya tetap amalkan amalan berurut badan ni. walaupun ada yang mengatakan seperti manjakan diri, tapi pada saya mengurut ni banyak kebaikkannya. Terutama ketika dalam pantang.walaupun saya bersalin czer, tapi 2 minggu selepas bersalin mak bidan dah datang ke rumah 5 hari berturut2 mengurut. boleh mengurut tapi jangan la usik perut. Urut ni untuk melancarkan peredaran darah. So badan memang rasa ringan lepas mengurut. 

ok..meh saya share apa kebaikkan mengurut ketika hamil :-

1. Mengurangkan bengkak di kaki dan ditangan - kerana urutan yang betul dikatakan boleh melancarkan pengaliran darah

2. Meredakan sakit otot dan tulang - lebih lebih lagi ditulang belakang dan tapak kaki

3. Mengurangkan rasa STRESS terutama stress ditempat kerja..: p

4. Membantu ibu hami supaya mudah tidur.. 


ok.. saya juga tak katakan yang mengurut ketika hamil tiada keburukkan dia. ada tu tetap ada kan.. jom kita tengok apa keburukkan mengurut ketika hamil..

Keburukkan mengurut adalah boleh menyebabkan kesakitan seperti "kontraksi" dan menyebabkan "trauma" kepada uri sehingga berlakunya abruptio placenta.sebab tu tak boleh mengurut dikawasan perut. 

Jadi ibu hamil yang berisiko contohnya mereka yang pernah mengalami kelahiran pra matang dinasihatakan mendapatkan nasihat doktor sebelum pergi mengurut.


sedapnyeee dia mengurut

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...