DIET TERBAIK UNTUK WAKTU PUASA

hai.. esok jika diizinkan Allah kita semua umat Islam akan menjalani ibadah berpuasa selama sebulan. semoga ibadah kita akan dipermudahkan dan lebih diberkatiNya.. 

Sebut mengenai bulan puasa.. selain  dari menahan lapar dan dahaga dan memperbanyakkan ibadah.. kita juga perlu menitikberatkan pengambilan makanan seharian.maksud saya pemakanan semasa bersahur dan berbuka. adakah kita perlu makan dengan sebanyak banyak nya ketika berbuka kerana kita lapar sepanjang hari atau bagaimana..kerana jika tersalah pengambilan makanan akan menyebabkan kembung perut sembelit dan sebagainya. 

Panduan pemakanan yang terbaik semasa berpuasa adalah seperti berikut...

1. Makan makanan yang Halal..Sebelum bercerita dengan lebih panjang.. panduan yang pertama ini adalah yang paling PERLU dititikberatkan. Pengambilan makanan yang halal adalah wajib diteliti. Makanan halal ini adalah termasuk dari segi cara penyediaan, kandungan dalam makanan serta sumber pendapatan untuk memperoleh makanan tersebut. 

2. Minum air yang banyak pengambilan air yang mencukupi adalah sangat perlu bagi mengelakkan dihedrasi atau kekurangan air dalam badan. Minum air sekurang kurangnya 8 gelas sehari untuk menggantikan air yang hilang. Jika tidak badan akan sentiasa letih dan bermaya. 

3. Jangan minum berkafein kerana kafein yang banyak akan bertindak seperti dueretik dan menyebabkan pembuangan air yang berlebihan dan boleh mengakibatkan badan kekurangan air dan garam .

4. Jangan makan makanan yang pedas bagi mengelakkan anda terkena jangkitan gastrik

5. makan banyak ayam, daging dan kacang adalah sumber protein yang baik

6. Jangan makan terlalu banyak ketika berbuka dan bersahur


Banyak lagi tips yang terdapat untuk memastikan anda semua dapat berpuasa dengan sihat dan mendapat nutrisi makan yang berkhasiat. Jadi elok lah jika lebih teliti dalam pengambilan makan anda.. 

SELAMAT BERPUASA..







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...