Apakah itu zinc.. bukan zink tau..zink tu wat atap rumah..hehehe ok ok serius serius.. ok..apa itu zinc? Zinc adalah nutrien yang diperlukan oleh tubuh untuk kekal sihat. Zinc ini didapati dalam sel tubuh badan kita. Ia sangat baik kerana dapat membantu sistem imun untuk melawan, menyerang bakteria dan virus. Kita juga perlukan zinc ini untuk membuat protein dan DNA. Semasa hamil, kanak kanak dan bayi memerlukan zinc untuk membesar dan berkembang dengan baik.
Sapa yang perlukan zinc ni.. ok.. kalau diikutkan kita semua perlukan zinc.. iaitu lelaki dan perempuan dari kita bayi sehinggalah kita tua. Wanita hamil dan wanita yang menyusu kan bayi juga sesuai. Zinc ini sesuai untuk mereka yang tidak makan daging atau vegetarian. Mereka yang kuat minuman alkohol atau disebut Alcoholics juga bagus mengambil zinc kerana minuman beralkohol mengurangkan jumlah zinc yang badan menyerap dan meningkatkan jumlah yang hilang melalui air kencing.
- ia boleh menyebabkan pertumbuhan yang lambat dalam bayi dan kanak kanak
- mati pucuk dikalangan lelaki dan perkembangan seksual lambat dikalangan remaja lelaki
- rambut gugur
- cirit birit
- hilang selera makan
- kehilangan berat badan
- lambat dalam penyebuhan luka
- keupayaan untuk merasa makanan
- dan tahap kecerdasan yang rendah
jadi kita perlu pastikan jumlah zinc yang mencukupi ada didalam badan kita..
dan kengkawan semua.. zinc di dalam prostat lelaki adalah 10 kali ganda dari organ lain. Zinc memainkan peranan penting dalam organ seks lelaki. Defisensi yang serius akan mengakibatkan masalah seperti kematangan organ seks yang lambat, impoten, perkembangan yang kecil atau pincang pada testikel, kiraan sperma yang rendah, kemerosotan fungsi seksual, penuaan pra-matang dan gugur rambut. sebab itu zinc amat diperlukan dari remaja hingga ke tua.
jom contact saya untuk pertanyaan lanjut..
No comments:
Post a Comment