PETUA HILANGKAN SAKIT KEPALA



Kawan kawan selalu sakit kepala tak. saya pun sekarang kerap jugak tapi Alhamdulillah.sejak2 ni makin berkurangan. Sakit kepala ni jangan diambil ringan ye..Sakit kepala yang kerap dan teramat sakit boleh membuatkan segala urusan harian kita terbantut. macam mana nak buat kerja kalau kepala sakit kan..

Sakit kepala ni berpunca dari macam - macam faktor seperti stress, keradangan, kesilapan pengambilan makan dan sebagainya. Bagaimana nak merawatnya.. ada yang mengambil ubat seperti ubat migrain.Tapi tahukah anda jika anda mengalami alergic ubat migrain..Berikut adalah beberapa cara untuk mengurangkan sakit kepala yang boleh saya kongsikan kepada anda semua..


a) Minum Air Kosong

Ubat paling mujarab.kemungkinan anda sakit kepala adalah kerana badan anda kekeringan atau dehidrasi. Jadi.. minum seteguk dua air kosong dan rehat. Sakit kepala anda akan berkurangan. 

b) Bernafas la dengan lebih baik sambil menutup mata

Kemungkinan anda sakit kepala adalah kerana kekurangan oksigen. Jadi, anda perlukan menenangkan diri, tarik nafas dalam dalam buat seketika sambil tutup mata. (pergerakkan ini adalah untuk merilekskan otot mata yang menjadi punca sakit kepala)

c) SPA/STIM atau mandi air panas

Berendam didalam air panas boleh melegakan ketegangan dan sakit kepala. atau anda boleh ke SPA berdekatan untuk mendapatkan rawatan stim. 


d) Urut Kepala

Ambil tuala kecil, basahkan dengan air sejuk dan tekan secara lembut dibahagian kepala dan leher belakang. Ia boleh mengurangkan ketegangan yang berlaku di sekitar kepala.

e) Tidur

Tidur la dengan aman. Lupakan seketika laptop facebook tv lampu dan langsir. Berehat dan lapangkan fikiran anda. Ini adalah cara yang paling mudah dan berkesan


harap dengan ada nya sedikit perkongsian petua mengubati sakit kepala ni boleh membantu kita semua mengelakkan sakit kepala ini mengganggu kehidupan seharian kita..






1 comment:

  1. Betway Casino Bonus Code is MAXBONUS | ᐈ 30 Free Spins
    Casino Review, Bonuses, FAQ aprcasino & dental implants More! wooricasinos.info New players welcome 출장마사지 bonus $10 goyangfc.com no deposit bonus + 100% up to $1000 in Betway Casino Bonuses!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...