MUKA BERJERAWAT auucchhh tak sukanya!!



Jika ditanya..tiada sesiapa pun diantara kita yang menginginkan muka berjerawat. Semua orang menginginkan wajah yang licin bersih dan berseri seri. jom kita kaji apakah jerawat ini.. 

Bagaimanakah terjadinya jerawat?? Jerawat ini adalah akibat dari aktifnya kelenjar minyak dibawah kulit. Jerawat adalah berpunya daripada mengambil makanan yang tidak berkhasiat, makanan berlemak, pedas dan minum minuman alkohol. 

Diantara faktor faktor lain yang menyebabkan jerawat adalah 

  • Stress
  • Keturunan
  • Hormon minyak berlebihan
  • Sel kulit mati
  • Penggunaan kosmetik atau ubat ubatan 

Cara - cara mudah untuk mengatasi masalah jerawat yang boleh kita amalkan adalah :-

  • Kulit harus sentiasa bersih dan cuci muka setiap kali hendak tidur.. 
  • Jangan amalkan memecahkan jerawat 
  • Jangan memakai makeup ketika tidur
  • Pakai pembersih dan pelembab muka yang sesuai dengan kulit wajah 

Selain daripada cara mudah mengatasi masalah jerawat diatas.. kita juga perlu mengamalkan pola hidup yang sihat iaitu seperti :
  • Minum air yang secukupnya
  • Elakkan stress
  • Makan lebih sayuran dan buah buahan
  • cuci muka dengan air bersih
  • kerap mencuci cadar dan sebagainya
  • jangan memicit jerawat 
  • Mengamalkan facial 
dan sebagainya. 

Jadi kengkawan..mari kita sama sama mengamalkan hidup sihat untuk mengelakkan muka ditumbuhi jerawat.. 







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...