morning semua.
ok..pagi ni sihatbyMAMAELLY nak cite cite sikit pasal CIRI CIRI WANITA CANTIK. sapa yang tak suka jadi cantik kan. tapi pada saya..cantik itu sesuatu yang sangat sangat subjectif.ada yang cantik di wajah.. ada yang cantik di mata.. dan yang pasti..ciptaan Allah tu semuanya indah indah dan cantik cantik belaka.. kan
meh saya share kan... bagaimana yang dikatakan ciri ciri wanita cantik..
1. MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH
Seorang wanita itu lebih terserlah kekuatannya dengan melihat cara bagaimana dia menghadapi masalah atau dugaan. Sama ada wanita itu akan menjadi lemah ataupun semakin tabah dan kuat dengan dugaan yang datang padanya. Insya Allah bagi yang kuat dia akan berjaya memanfaatkan ujian dari Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.
2. TERSENYUM KETIKA TERTEKAN
Agak agak kan..boleh ke kita berada didalam situasi ini. apabila menghadapi masalah ataupun tertekan boleh kah kita mengukir senyuman semanis mungkin. Percaya tak kawan kawan, apabila seseorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapinya, kita disekeliling pastinya tidak mampu meneka apakah perasaan wanita itu sebenarnya.Kerana..ciri ciri ini lah..
3. TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS
Seorang wanita itu berusaha menjadi seorang yang tabah dan seboleh bolehnya tidak mahu menyusahkan orang disekelilingnya. Maka, dia menguatkan dirinya dengan ketawa dikala hati sedang berduka. Wanita sebegini begitu yakin akan adanya pertolongan dari Allah dan dia tetap sentiasa tertawa untuk menutup segala gundah dan kesakitan dihati kerana keyakinan yang kuat terhadap bantuan dari Allah.
4. MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN
Bukan mudah kan untuk kita memaafkan kesalahan orang lain. Lagi lagi apabila ia melibatkan hati kita yang hancur, kecewa dan sedih. Tapi.. seseorang wanita yang cantik itu, kemaafan akan sentiasa diberi kepada mereka yang telah mengecewakan, melukakan hatinya.Bagi diri mereka memaafkan ini adalah membuatkan diri mereka menajdi lebih tabah.
5. MENGASIHI TANPA MENGHARAPKAN BALASAN
Kasih terhadap suami dan keluarga memang datang dari hati yang ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan. Ini kerana..wanita yang cantik ini, kasihnya adalah kasih yang tulus dan bukan dibuat buat.
banyak lagi sebenarnya ciri ciri wanita yang cantik yang ada.. harap apa yang saya kongsikan ni boleh menjadi tips untuk kita supaya boleh diamalkan untuk lebih kelihatan cantik dari sudut yang lain..
No comments:
Post a Comment