SENGGUGUT?? auuchhhh sakit yang sangat menyeramkan bagi kaum kaum wanita ketika datangnya HAID. kadang kadang sakit senggugut ni boleh digambarkan seperti sakit hendak bersalin. memang menyeksakan. tahukah anda..senggugut yang teruk juga boleh menjadi punca sukarnya untuk hamil.
Apakah itu senggugut
Senggugut ialah kesakitan yang kita semua alami semasa permulaan haid. Ia boleh terjadi lebih teruk semasa 2 hari pertama dan adakalanya tidak dialami setiap kali period. Selalunya, bagi sesetengah gadis, mereka mungkin akan mengalami senggugut yang teruk berbanding mereka yang sudah berkahwin.
Kesakitan yang dirasai ketika datangnya haid ini adalah disebabkan oleh penguncupan dinding rahim yang amat kuat. Proses ini adalah bertujuan untuk mengeluarkan ketulan ketulan darah haid yang bercampur dengan sedikit tisu daripada selaput endometrium. Darah ini akan dikeluarkan melalui saluran pangkal rahim. Selalunya, dinding rahim yang dimiliki oleh gadis remaja masih sempit.
Senggugut juga mempunyai banyak simptom. tapi ada 2 simptom yang paling kuat terasa dan mudah terganggu. Simptom sebenar dan bagaimana ianya dirasai adalah berbeza. antara simptom simptom yang akan dirasai adalah :
- murung
- perut kembung
- payudara bengkak dan sensitif
- kejang perut
- ketegangan
- pening kepala
- sakit sendi
- lesu
- jerawat
- mood swing
dan banyak lagi....
Ada cara atasi senggugut tanpa ubat ubatan iaitu seperti :-
- Mengamalkan cara hidup sihat
- Mengambil makanan yang berkhasiat
- perbaiki diet
- Banyakkan minum air masak dan jus buah buaha
- Kekal Aktif
- Berhenti merokok
- Tarik nafas
- Tuam perut
No comments:
Post a Comment