adalah normal bagi wanita hamil jika berasa pening, loya dan muntah. tapi apakah punca anda pening, loya dan berasa hendak muntah itu.
Sebenarnya, punca anda berasa pening adalah bergantung kepada usia kehamilan anda. Pada awal kehamilan, anda akan berasa pening dan loya berpunca daripada tekanan darah yang rendah. Ini boleh menyebabkan anda sentiasa berasa pening dari trimester pertama sehingga seawal kelapan. Tapi anda tidak perlu risau kerana ini adalah simptom biasa semasa hamil
Diantara punca punca anda berasa pening adalah seperti berikut :-
- Mungkin ada berdiri terlalu cepat ketika hendak bangun. Darah tidak mempunyai cukup masa untuk sampai ke otak yang dipanggil hipotensi postural.
- Mungkin juga anda berbaring terlalu lama. Ini adalah disebabkan oleh tekanan darah
- Anda berasa lapar dan menyebabkan gula dalam darah rendah terutama ketika lewat petang
- Anda mungkin kekurangan zat besi dalam darah
- Anda berasa sangat panas.
Langkah terbaik untuk mengatasi masalah pening ini adalah dengan duduk. Selain daripada membantu menghentikan berasa pening..ia juga boleh mengelak daripada anda terjatuh. Anda juga dinasihatkan jangan berdiri dengan serta merta dan berjalan dengan serta merta.Seeloknya mulakan langkah dengan perlahan lahan sebelum berjalan seperti biasa.
Jika anda sering berasa pening dan kerap anda boleh la merujuk kepada doktor anda..
No comments:
Post a Comment