MIGRAIN ... MAKNA, KESAN DAN TANDA-TANDA

kawan kawan pernah tak mengalami masalah MIGRAIN.memang rasa nak pecah kepala kan.. termasuk la saya.. bila sekali dia menyerang..perghhh memang nak menjerit je rasa. tapi tahukah anda..apa itu migrain.. apakah punca2 migrain itu.. jom kita kaji..

Apakah itu migrain?

Migrain adalah simptom sakit kepala yang sangat menyakitkan, berdenyut denyut dan ia selalunya akan berlangsung antara 4-72 jam sehingga seseorang itu tidak akan boleh menjalankan aktiviti hariannya. 

Apakah punca punca migrain ni.. 

  • Alahan
  • Lampu yang terang
  • Bunyi yang terlalu kuat
  • Bau wangi yang terlalu kuat
  • tekanan
  • waktu tidur yang tidak teratur
  • dan sebagainya

Apakah tanda tanda yang kita akan dijangkiti migrain?

Migrain selalunya menyebabkan rasa sakit kepala yang berdenyut denyut terutama disebelah kepala dan boleh menyebabkan rasa loya. Ada juga sakit di kedua dua belah kepala. Setiap individu mempunyai tanda yang berlainan. Selalunya ia berlaku 30 min sebelum sakit kepala berlaku. 

Migrain yang boleh dirawat dengan ubat tahan sakit yang boleh didapati di klinik atau farmasi.Namun jika ianya masih berlarutan anda perlukan mendapatkan rawatan doktor untuk pemeriksaan. Yang penting, penjagaan makanan dan rehat yang secukupnya perlu untuk mengelakkan rasa sakit kepala ini..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...