PERUT SELALU KEMBUNG/BERANGIN

kawan kawan pernah tak mengalami masalah perut kembung atau berangin ni. lebih lebih lagi bila berpuasa ni kan. mesti la akan kerap berangin kan. Pastinya akan berasa sangat tidak selesa kan. Tapi tahu kah anda apakah punca terjadinya masalah perut selalu kembung atau berangin ini.. 



Apakah yang dimaksudkan dengan perut kembung.. 

Kembung akan terjadi bila gas berlebihan didalam perut dan juga usus. Ia selalunya terjadi apabila kita menelan banyak angin. Ia juga sebenarnya boleh terhasil daripada bakteria usus yang menghasilkan gas karbon dioksida dan hidrogen akibat dari pemecahan karbohidrat dan protein. 

Tapi kann.. tau tak, lebih banyak jumlah gas yang tercampur, lebih 'sedap' bau' gas yang akan dihasilkan.kikiki. Dan ada 2 jenis pengeluaran gas ini iaitu melalui mulut yang menghasilkan sendawa dan gas yang dikeluarkan atau ditolak ke dalam usus dan dikeluarkan dari badan melalui kentut.ish ish ish..

punca - punca perut selalu kembung adalah seperti berikut : -

1. Tekanan - tahukah anda.. jika anda terlalu stress atau tertekan anda akan lebih banyak menelan angin. so itu adalah salah satu punca kembung perut

2. Makan dengan laju

3. Gangguan dari segi pencernaan

4. Makan yang berlebihan

5. Makan yang tidak dicerna..


Banyak simptom berlakunya kembung perut ini.. diantaranya adalah 

1. Gas
2. Sendawa
3. Kembung Perut
4. Sakit perut dan berasa tidak selesa


Kembung perut selalunya adalah berkaitan dengan diet dan kadang2 akibat menelan udara dengan berlebihan. Jadi anda boleh cuba tidak mengambil makanan yang berangin dan makanan yang lebih sihat. 





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...