TERLALU KURUS ?? KESAN DAN TIPS





Siapa yang tidak ingin kelihatan kurus langsing dan cantik. Tapi anda mahukah terlalu kurus seperti gambar diatas. Kurus sangat pun orang kata tak cantik kan.. nampak tulang je. Anda perlu membuang pemikiran negatif diri tentang kurus ini kerana ramai wanita 'sanggup mati' untuk menjadi kurus.

Punca menjadi terlalu kurus ini pastinya adalah kekurangan pengambilan makanan. Bila bercerita tentang pengambilan makanan..ia adalah sesuatu yang sangat subjektif.Ada yang merasakan telah mengambil makanan yang banyak walhal hanya sedikit sahaja yang diambil.Dah ambil sedikit, tidak habis pula dimakan.. kadang2 perasaan negatif ini mmg boleh mempengaruhi dalam pengambilan jumlah makanan ini. 

Tahukah anda juga, kekurangan berat badan ni banyak membawa masalah kepada diri sendiri. Bila kekurangan berat badan, kita akan menjadi lemah, tidak bermaya dan kurang stamina. Kita juga akan mengalami lemah daya tahan.Mudah dijangkiti penyakit.

Tulang juga akan menjadi rapuh.Osteoporosis bahasa saintifiknya. Bila kita kurang mengambil makanan, nutrien pun akan berkurangan didalam tubuh dan boleh menyebabkan tulang rapuh. Tahukah anda juga..masalah kekurangan berat badan boleh menyebabkan Masalah Kesuburan. Wanita yang sangat kurus akan berisiko kurang subur dan haid tidak teratur. jadi amat sukar untuk hamil. 

Banyak lagi sebenarnya kesan kesan yang akan dirasai jika terlalu kurus. 

Untuk mengelakkan menjadi terlalu kurus..ada beberapa tips yang boleh diamalkan supaya berat badan menjadi lebih ideal dan seimbang dengan tubuh badan.. diantaranya :-

* tentukan matlamat pertambahan berat badan yang diingini dan pastikan ia boleh dicapai
* Amalkan aktiviti sihat seperti bersenam 
* Mengamalkan pengambilan makanan yang akan memberi tenaga dan nutrien yang mencukupi
* Makan mengikut jadual yang betul.Jangan terlebih mengambil makanan..boleh jadi berat badan berlebihan
* Tidur yang mencukup
* Elakkan stress dan pengambilan rokok

Contoh makanan yang boleh diambil untuk menambah berat badan adalah :-

* Telur, susu, keju, dadih dan produk tenusu yang lain
* Kekacang seperti gajus, kacang tanah dan mentega kacang
* Buah-buahan


Apa yang penting kengkawan, penambahan berat badan yang perlahan dan secara berterusan. Penambahan berat badan yang baik adalah tidak melebihi 1/2 kg seminggu


yang mana satu pilihan anda






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...