ANAK KURANG CERGAS ? KENALI SIMPTOM DAN CARA - CARA MENGEMBALIKANNYA





Sebagai ibu bapa, kita pastinya mahu melihat anak anak sentiasa cemerlang dalam pelajaran. Untuk cemerlang didalam pelajaran, kita perlu pastikan dahulu adakah anak anak kita sentiasa cergas, bersemangat dan sihat semasa di sekolah

Contoh beberapa simptom anak anak kurang cergas semasa bersekolah adalah seperti berikut : -

  1. badan lesu
  2. Anak mudah mengantuk
  3. Cepat lapar dan dahaga
  4. Anak mudah marah 
  5. Dan sukar untuk belajar 

Adakah cara cara untuk mengembalikan kecegrasan anak anak yang sudah kurang bertenaga ini.. :-

  • Berikan mereka makan dan minum yang mencukupi -
Salah satu simptom anak yang kurang cergas adalah cepat lapar dan dahaga.Jadi kita seharusnya memberikan mereka makan dan minum yang mencukupi.Tapi harus diingat juga, makanan yang diberikan seharusnya yang berkhasiat supaya mereka tidak mudah dijangkiti penyakit. Makanan yang bertenaga juga boleh diberikan kepada mereka seperti nasi, kanji dan gula.Tetapi jangan terlebih banyak gula pula ye.. 

  • Rehat yang mencukupi
Anak anak juga seperti kita. mereka pastinya perlukan rehat yang secukupnya. seharian di sekolah boleh membuatkan mereka letih. Jadinya, kita sebagai ibu bapa, perlu ada sedikit timbang rasa untuk memberikan mereka ruang untuk berehat. 

  • Sentiasa memberi semangat
Apabila kita sentiasa memberi semangat dan kata-kata semangat kepada anak-anak, secara automatik mereka akan berasa dihargai dan perasaan bersemangat dan cergas untuk ke sekolah sentiasa ada didalam diri. 



Oleh itu, kita jangan la memandang ringan terhadap masalah kecegrasan anak anak ini. Kena sentiasa mengambil berat untuk memastikan mereka sentiasa cemerlang didalam pelajaran.


       

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...