Memelihara Ketenteraman Tetangga Tanda Kesempurnaan Iman


saja nak share perkongsian hadith pagi nie.. jom sama2 kita hayati.. :)



Memelihara Ketenteraman Tetangga Tanda Kesempurnaan Iman



Hadith: 
Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya nabi SAW bersabda, “Demi Allah, tidak sempurna iman, demi Allah tidak sempurna iman, demi Allah tidak sempurna iman”, lalu ditanya, “Siapa (yang tidak sempurna imannya) wahai Rasulullah?”, jawab baginda, “Iaitu orang yang tidak memberi ketenteraman kepada jirannya dengan sebab kejahatan yang dilakukannya”. 
 Riwayat: Bukhari dan Muslim

Dalam riwayat muslim “Tidak masuk syurga orang yang tidak mententeramkan jirannya dengan sebab kejahatannya”.


Huraian Hadith :-
1. Islam melarang umatnya mengganggu ketenteraman jiran.
2. Mengganggu jiran sehingga menimbulkan porak-peranda dengan pecah belah adalah dilarang oleh islam.
3. Orang yang menimbulkan kemarahan jiran adalah dianggap oleh Rasulullah sebagai tidak sempurna imannya.
4. Memelihara ketenteraman jiran adalah diantara tanda-tanda kesempurnaan iman dan kemuliaan akhlak.

5.  Jiran yang dimaksudkan tidak terbatas kepada jiran kediaman semata-mata, malah merangkumi setiap kejiranan seperti kampung, daerah, negeri dan negara.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...