PANDUAN PEMAKANAN WARGA EMAS





Apabila seseorang itu meningkat usia atau warga emas, pemakanan adalah salah satu perkara yang perlu kita titik beratkan. perlu kita jaga. 

Warga Emas mempunyai keperluan pemakanan yang khusus yang disebabkan oleh perubahan dalam badan dan cara hidup.Pengambilan makanan dipengaruhi oleh perubahan yang berlaku pada warga emas seperti

  • kekurangan deria rasa dan bau
  • kehilangan gigi
  • kurang kepadatan tulang dan kurang ketahanan untuk melakukan aktiviti fizikal
  • kurang kekuatan jantung dan paru paru
  • kurang keupayaan menghadam dan menyerap makanan. 


Makanan yang terbaik untuk warga emas adalah seperti 

  • Makanan yang kaya dengan kalsium seperti susu dan produk tenusu serta makanan lain seperti tauhu, sayur sayuran hijau seperti bayam, kailan, ikan bilis, ikan sardin dan sebagainya. 
  • Makanan yang kaya dengan zat besi seperti daging lembu, hati ayam, daging kambing, dan sayur sayuran seperti pucuk paku.
  • Air kosong atau pun jus buah-buahan


Disini saya ingin kongsikan panduan untuk menyediakan makanan untuk warga emas..


  • Hidangkan makanan dalam kuantiti atau hidangan yang kecil
  • Hidangkan makanan yang sesuai dengan citarasa setempat
  • Gunakan pelbagai perencah asli seperti halia, lengkuas, jintan, halba dan sebagainya untuk membangkitkan rasa makanan
  • Pilih makanan yang kaya dengan nutrien sebagai menu utama

Pening tak tau ape nak hidangkan untuk warga emas ni..jom saya share..

  • Sarapan pagi : secawan bubur nasi, sesudu makan bilis tumbuk dan setengah cawan minuman bersusu
  • Minum pagi : sekeping roti mil penuh, sesudu teh jem, sebiji pisang, dan secawan minuman bersusu. 
  • Makan tengah hari : secawan nasi, seketul ayam masak kari, setengah cawan sayur bayam, sebiji limau nipis dan air kosong
  • Minum petang : sepotong kuih, sebiji pisang dan secawan teh o
  • Makan malam : secawan nasi, sekeping ikan tenggiri masak asam pedas, secawan sup sawi, sepotong betik dan air kosong
  • Minum malam : tiga keping biskut kraker dan secawan minuman bersusu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...