Hai.. dah baca dah doa untuk eratkan kasih sayang suami isteri tadi tu... ye la kadang2 kita ni.usia perkahwinan yang dah makin hari makin lama..hubungan tu kadang2 makin hambar.tak salah kan kita cari cara untuk memperbaiki hubungan itu biar sentiasa intim gitu.. ecehwah.
ok kali ni saya nak share kan 8P petua untuk mengeratkan kasih sayang antara kita suami dan isteri. 8P ni adalah petua dari Ustazah Siti Nurbaya...so jom..
1. PUJI
Setiap pasangan adalah perlu untuk saling puji memuji antara satu sama lain. Contoh.. kalau isteri masak, suami boleh la memuji masakkan tersebut atau sekadar mengucapkan terima kasih apabila memberi pertolongan.
2. PELUK
Pasangan suami isteri hendaklah kerap peluk memeluk antara satu sama lain sekerap yang boleh. Pelukan adalah salah satu belaian yang penuh dengan kasih sayang.
3. PENGHARGAAN
Mungkin dengan cara memberi hadiah ataupun ucapan terima kasih.
4. PERHATIAN
Setiap pasangan wajib memberi perhatian antara satu sama lain. Mengambil berat antara satu sama lain. Ini kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.
5. PERSEFAHAMAN
Wajib bagi setiap pasangan mengekalkan persefahaman antara satu sama lain ni. tanpa persefahaman sukar untuk mengekalkan keharmonian rumahtangga.
6. PERGAULAN
Suami isteri WAJIB menjaga pergaulan masing2 dengan orang lain. Ini bagi mengelakkan pergaulan itu melampaui batas dan menimbulkan rasa cemburu dan juga boleh membawa kepada pembabitan orang ketiga.
7. PERCUTIAN
Honeymoon gitu. Pasangan suami isteri perlu merancang percutian berdua duaan dengan pasangan ditempat yang jauh daripada kesibukkan dan kehidupan rutin. Boleh mengeratkan dan mengimbau kembali zaman bercinta.mungkin..
8. PERMOHONAN
Terakhir tentunya la berdoa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara kita suami isteri serta dijauhkan dengan godaan kemewahan dan keseronokkan duniawi.
saya juga berdoa supaya rumahtangga saya sentiasa harmoni dan bahagia hingga ke jannah.. amin |
Semoga dengan adanya perkongsian petua yang berguna daripada Ustazah Siti Norbahyah ni, kita dapat mempraktikkannya. Kunci kebahagiaan rumahtangga yang sebenarnya adalah dengan mendekatkan diri dengan Allah..Apabila seseorang insan itu mengabaikan tanggungjawab terhadap agama, pastinya rumahtangga akan terabai kerana jiwa sentiasa kosong
No comments:
Post a Comment