saya mmg tengah sakit tekak. kadang2 mmg batuk pun. rasa perit je kat dalam tekak ni. tekak pun kadang2 macam mintak digaru garu je.. seksa rasanya.. tapi nak buat macam mana. orang kata dah musim kan.. redha aje la. tapi dalam redha redha..kena cari cara utk merawatnya kan..
saya nak share kat kawan kawan petua atau cara nak atasi masalah batuk atau tekak gatal ni..
Sekiranya anda batuk atau tekak berasa gatal.. anda boleh la campurkan sebiji atau dua perahan air limau nipis dan 4 sudu kicap masih bersama segelas air panas. minum tiga kali seminggu sebelum tdo..Insya Allah batuk akan berkurangan..
Tapi harus diingatkan.. jika tekak anda gatal atau pun susah untuk bercakap.. JANGAN berdehem untuk melegakannya. ataupun memaksa diri untuk batuk. tahukah anda, perbuatan itu boleh mencederakan peti suara dan menyebabkan suara menjadi lebih garau.
Cara paling mudah pastinya dengan minum air.. mesti cepat lega kan... Air mmg sangat sangat penting untuk tubuh badan kita..
No comments:
Post a Comment