SET KESUBURAN SUAMI DAN ISTERI SHAKLEE





Kebanyakkan masalah yang dihadapi oleh pasangan suami dan isteri untuk mendapatkan cahaya mata adalah masalah kitaran haid isteri yang tidak teratur dan juga sperma yang lemah. Namun begitu, kita hanya lah berusaha.. dan Allah jua yang menentukan segalanya. 

Kita juga digalakkan untuk ikhtiar dan PERLU SALING MEMAHAMI untuk berusaha semoga impian mendapat cahaya mata itu menjadi kenyataan.

Di SHAKLEE, kami ada menyediakan beberapa suplement yang boleh dicuba oleh pasangan suami isteri untuk mengatasi masalah sukar hamil ini. 

BAGAIMANA SEMUA INI BOLEH MEMBANTU SUAMI ISTERI DALAM USAHA MENDAPATKAN CAHAYA MATA


untuk ISTERI 


1. ESP
ESP bertindak untuk memastikan sel ovum sentiasa sihat dan memudahkan persenyawaan. Ia juga merupakan makanan asas untuk memastikan sel dalam badan sihat dan sempurna.


2. GLA COMPLEX
Gla ini sangat baik bagi mereka yang mempunyai haid tidak teratur atau tidak tetap ataupun mempunyai masalah senggugut. Ia juga bagus dalam membantu meningkatkan kesuburan isteri dan meningkatkan potensi untuk persenyawaan berlaku.Dan juga, ia membantu untuk sperma hidup lebih lama dalam tiup fallopio lalu meningkatkan peluang untuk persenyawaan berlaku. 



Untuk SUAMI

1. ZINK 
untuk pengetahuan anda, kandungan zink didalam prostat lelaki adalah 10x ganda lebih tinggi dari organ lain. Zink ini mesti diambil kerana ia merupakan mineral paling penting untuk kesuburan lelaki. Ia juga boleh meningkatkan kualiti sperma lelaki dan sangat penting utk keupayaan seksual lelaki

2. VITAMIN E
Vitamin E ni membantu kita supaya lebih bertenaga dan meningkatkan keinginan seksual. Ia juga dapat membantu membentuk sel sperma yang sihat dan juga boleh diambil oleh isteri untuk meningkatkan keinginan seksual 






semoga segala usaha dan ikhtiar kita akan membuahkan hasil.. pm saya untuk lebih info






8P PETUA ERATKAN KASIH SAYANG SUAMI ISTERI

Hai.. dah baca dah doa untuk eratkan kasih sayang suami isteri tadi tu... ye la kadang2 kita ni.usia perkahwinan yang dah makin hari makin lama..hubungan tu kadang2 makin hambar.tak salah kan kita cari cara untuk memperbaiki hubungan itu biar sentiasa intim gitu.. ecehwah.

ok kali ni saya nak share kan 8P petua untuk mengeratkan kasih sayang antara kita suami dan isteri. 8P ni  adalah petua dari Ustazah Siti Nurbaya...so jom..


1. PUJI
Setiap pasangan adalah perlu untuk saling puji memuji antara satu sama lain. Contoh.. kalau isteri masak, suami boleh la memuji masakkan tersebut atau sekadar mengucapkan terima kasih apabila memberi pertolongan. 


2. PELUK
Pasangan suami isteri hendaklah kerap peluk memeluk antara satu sama lain sekerap yang boleh. Pelukan adalah salah satu belaian yang penuh dengan kasih sayang. 


3. PENGHARGAAN 
Mungkin dengan cara memberi hadiah ataupun ucapan terima kasih. 


4. PERHATIAN
Setiap pasangan wajib memberi perhatian antara satu sama lain. Mengambil berat antara satu sama lain. Ini kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan. 


5. PERSEFAHAMAN 
Wajib bagi setiap pasangan mengekalkan persefahaman antara satu sama lain ni. tanpa persefahaman sukar untuk mengekalkan keharmonian rumahtangga. 


6. PERGAULAN 
Suami isteri WAJIB menjaga pergaulan masing2 dengan orang lain. Ini bagi mengelakkan pergaulan itu melampaui batas dan menimbulkan rasa cemburu dan juga boleh membawa kepada pembabitan orang ketiga. 


7. PERCUTIAN
Honeymoon gitu. Pasangan suami isteri perlu merancang percutian berdua duaan dengan pasangan ditempat yang jauh daripada kesibukkan dan kehidupan rutin. Boleh mengeratkan dan mengimbau kembali zaman bercinta.mungkin..



8. PERMOHONAN

Terakhir tentunya la berdoa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara kita suami isteri serta dijauhkan dengan godaan kemewahan dan keseronokkan duniawi.


saya juga berdoa supaya rumahtangga saya sentiasa harmoni dan bahagia hingga ke jannah.. amin



Semoga dengan adanya perkongsian petua yang berguna daripada Ustazah Siti Norbahyah ni, kita dapat mempraktikkannya. Kunci kebahagiaan rumahtangga yang sebenarnya adalah dengan mendekatkan diri dengan Allah..Apabila seseorang insan itu mengabaikan tanggungjawab terhadap agama, pastinya rumahtangga akan terabai kerana jiwa sentiasa kosong


DOA KEBAHAGIAAN RUMAH TANGGA SUAMI ISTERI




jom kita amalkan sama sama demi menjaga keharmonian rumah tangga kita..

:)


selamat pagi


selamat pagi semua...


mulakan pagi kita dengan membaca doa ini



semoga Allah memudahkan urusan kita hari ni..




SUPLEMENT SHAKLEE UNTUK WARGA EMAS

saya dah pernah cuba bagi ayah saya sendiri salah satu suplement untuk warga emas ni iaitu Advanced Joint Health Tablet. Dari sebelum ni susah nak berjalan lepas bangun dari tidur..sekarang..alhamdulillah sekarang makin cergas. makin kuat berjalan..

Warga Emas ni banyak yang perlu dijaga.. banyak perlu diambil berat terutama bab kesihatan. kita sebagai anak tak salah kalau kita berikan mereka makanan tambahan supaya kesihatan mereka terus dijaga.

Ok jom kita tengok ape cadangan suplement yang sesuai diberikan kepada ibu bapa kita..


OMEGA GUARD : 
Membantu meningkatkan kecerdasan otak dan menguatkan daya ingatan

OSTEMATRIX :
membantu membekalkan keperluan kalsium untuk menguatkan tulang

ADVANCED JOINT HEALTH TABLET :
Mengatasi masalah sakit sendi dan lutut terutama ketika mereka melakukan ibadah atau 
aktiviti harian


LECITHIN :
Mengurangkan paras kolekstrol



Tapi saya tak kata WAJIB semua ni untuk keperluan kesihatan mereka. Setiap satu mempunyai kelebihan dan fungsinya yang tersendiri.. 



ni ada link testimonial mengenai set untuk warga emas nie..



Jom sms atau hubungi saya untuk mengetahui dengan lebih lanjut. 






PANDUAN PEMAKANAN WARGA EMAS





Apabila seseorang itu meningkat usia atau warga emas, pemakanan adalah salah satu perkara yang perlu kita titik beratkan. perlu kita jaga. 

Warga Emas mempunyai keperluan pemakanan yang khusus yang disebabkan oleh perubahan dalam badan dan cara hidup.Pengambilan makanan dipengaruhi oleh perubahan yang berlaku pada warga emas seperti

  • kekurangan deria rasa dan bau
  • kehilangan gigi
  • kurang kepadatan tulang dan kurang ketahanan untuk melakukan aktiviti fizikal
  • kurang kekuatan jantung dan paru paru
  • kurang keupayaan menghadam dan menyerap makanan. 


Makanan yang terbaik untuk warga emas adalah seperti 

  • Makanan yang kaya dengan kalsium seperti susu dan produk tenusu serta makanan lain seperti tauhu, sayur sayuran hijau seperti bayam, kailan, ikan bilis, ikan sardin dan sebagainya. 
  • Makanan yang kaya dengan zat besi seperti daging lembu, hati ayam, daging kambing, dan sayur sayuran seperti pucuk paku.
  • Air kosong atau pun jus buah-buahan


Disini saya ingin kongsikan panduan untuk menyediakan makanan untuk warga emas..


  • Hidangkan makanan dalam kuantiti atau hidangan yang kecil
  • Hidangkan makanan yang sesuai dengan citarasa setempat
  • Gunakan pelbagai perencah asli seperti halia, lengkuas, jintan, halba dan sebagainya untuk membangkitkan rasa makanan
  • Pilih makanan yang kaya dengan nutrien sebagai menu utama

Pening tak tau ape nak hidangkan untuk warga emas ni..jom saya share..

  • Sarapan pagi : secawan bubur nasi, sesudu makan bilis tumbuk dan setengah cawan minuman bersusu
  • Minum pagi : sekeping roti mil penuh, sesudu teh jem, sebiji pisang, dan secawan minuman bersusu. 
  • Makan tengah hari : secawan nasi, seketul ayam masak kari, setengah cawan sayur bayam, sebiji limau nipis dan air kosong
  • Minum petang : sepotong kuih, sebiji pisang dan secawan teh o
  • Makan malam : secawan nasi, sekeping ikan tenggiri masak asam pedas, secawan sup sawi, sepotong betik dan air kosong
  • Minum malam : tiga keping biskut kraker dan secawan minuman bersusu.

OMEGA GUARD SHAKLEE MELEGAKAN BATUK

disamping kita mengamalkan petua petua semulajadi itu, SHAKLEE juga ada penawar untuk masalah batuk ni. Bila batuk kadang2 boleh menggangu perjalanan seharian kita.mengganggu segala urusan seharian. nak kerja pun susah kadang2. nak bercakap dengan orang pun mmg mengganggu lebih lebih lagi yang bertugas di kaunter macam saya. 

Sebelum cerita mengenai Shaklee.. apekah sebenarnya punca punca batuk ni ye. sebenarnya demam selesema, alergik dan meroko adalah PUNCA UTAMA batuk Akan tetapi, batuk boleh menjadi kesan dari sebuah kesakitan yang serius ataupun kesan sampingan ubat. 

Punca punca batuk yang lain adalah :-
1. Penyakit Asma/Lelah
2. Jangkitan saluran pernafasan
3. Merokok, habuk 
4. Penyakit paru paru
5. Lemah jantung

banyak lagi sebenarnya punca batuk ni... macam saya maybe berpunca daripada demam selesema dan mungkin berjangkit dari anak dara saya yg mmg tengah batuk juga tu... 

Batuk boleh dirawat dengan pergi klinik atau farmasi. jumpa doktor then dapat la ubat batuk selain dari petua tadi tu. Tapi saya cuba merawat batuk saya dengan ini


malam tadi nak tidur telan 2 biji.. bagi dekat anak yang batuk tu sebiji... pagi ni bangun masih juga batuk cuma rasa dah kurang sikit dari malam tadi. lepas bfast tadi makan lagi 2 biji.nanti lepas makan tghari makan sebiji lagi.. 

Omega Guard Shaklee akan bertindak "memanaskan' dada kita yang sedang batuk dan dalam masa yang sama ia akan mencairkan kahak. 

Kita ikhtiar kan.. dan tak perlu ragu ragu sebab produk shaklee memang terbukti keberkesanannya kan..






CARA CARA MERAWAT BATUK ATAU TEKAK GATAL

saya mmg tengah sakit tekak. kadang2 mmg batuk pun. rasa perit je kat dalam tekak ni. tekak pun kadang2 macam mintak digaru garu je.. seksa rasanya.. tapi nak buat macam mana. orang kata dah musim kan.. redha aje la. tapi dalam redha redha..kena cari cara utk merawatnya kan.. 

saya nak share kat kawan kawan petua atau cara nak atasi masalah batuk atau tekak gatal ni.. 



Sekiranya anda batuk atau tekak berasa gatal.. anda boleh la campurkan sebiji atau dua perahan air limau nipis dan 4 sudu kicap masih bersama segelas air panas. minum tiga kali seminggu sebelum tdo..Insya Allah batuk akan berkurangan..

Tapi harus diingatkan.. jika tekak anda gatal atau pun susah untuk bercakap.. JANGAN berdehem untuk melegakannya. ataupun memaksa diri untuk batuk. tahukah anda, perbuatan itu boleh mencederakan peti suara dan menyebabkan suara menjadi lebih garau. 

Cara paling mudah pastinya dengan minum air.. mesti cepat lega kan... Air mmg sangat sangat penting untuk tubuh badan kita..




 doakan saya cepat sembuh ye




ZIKIR WAKTU PAGI



NUTRIFERON SHAKLEE



Kadang kadang, bila kita tak sihat, demam ke selesema ke cepat je cari panadol atau paracetamol tu kan. cepat je amek 2 biji then telan. Ye.. setuju.. memang cepat je baik tapi tak elok kan kalau dah terlalu banyak amek panadol ni..

Apa kata kita tukarkan panadol tu kepada Nutriferon Shaklee..

Apa tu Nutriferon???? ok meh saya share..




Nutriferon adalah suplemen yang berfungsi sebagai penggalak kepada sistem imun tubuh @ immune booster. Ia lebih ketara berkesan ke atas mereka yang mempunyai masalah kesihatan yang kronik seperti kencing manis, kanser, asthma, dan banyak lagi.

Nutriferon ni sangat penting untuk tubuh kita untuk menguatkan sistem imun.Nutriferon meningkatkan sistem imun adalah dengan cara menggalakkan setiap sel menghasilkan interferonnya sendiri. 

Fungsi Nutriferon adalah merangsang setiap sel untuk menghasilkan interferon semula jadinya sendiri. 

Manfaat utama Nutriferon ini adalah :

1. Mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari 
2. Melawan Kanser & Tumor
3. Melindungi dari Ifluenza
4. Meringankan Stress dan Kelesuan
5. Melambatkan penuaan
6. Mempertingkatkan menopaus
7. Mempertingkatkan PMS


Cadangan Pengambilan Nutriferon Shaklee adalah

Untuk menjaga kesihatan : 1 paket sehari (tuang ke dalam mulut terus atau dicampur ke dalam minuman panas atau sejuk pada bila bila masa sahaja ) 


Bulan April adalah bulan Promosi Nutriferon ni. sangat sangat menjimatkan.. harga biasa adalah RM 145.00 sekotak. harga promosi pastinya lebih berbaloi baloi dengan 30 paket didalamnya.. untungkan.. seisi rumah boleh menikmatinya..


ciri ciri orang yang berjaya



adakah kita tergolong seperti ciri ciri diatas

jom kita terus berusaha menjadi lebih berjaya!!

PROMO APRIL - NUTRIFERON


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...