LANGKAH LANGKAH KEHAMILAN YANG SIHAT

Mendapat berita tentang anda POSITIF hamil adalah sesuatu yang sangat sangat membahagiakan.Lebih lebih lagi pada yang telah lama menanti kehadiran sicomel dalam keluarga. 

Namun begitu, anda perlu tahu, diawal kehamilan ini lah banyak yang perlu dijaga, banyak yang perlu diteliti terutama kesihatan anda sebagai ibu demi menjaga keadaan baby supaya sihat sehingga lahir. 

Kehamilan juga adalah masa yang sangat sangat sesuai untuk anda mula menjaga diri dengan baik terutama dari segi fizikal dan jugak emosi anda. 

Disini saya ingin kongsikan beberapa info tentang langkah langkah untuk kehamilan yang sihat :-

1. Rancangkan rawatan antenatal anda dari awal

Penjagaan antenatal yang baik adalah sangat penting demi menjaga kesihatan bayi anda. Anda perlu memilih doktor yang akan menjaga dari awal untuk membina hubungan yang baik sebagai persediaan untuk proses kelahiran. 


2. Makan dengan baik

Anda perlu ingat, apabila anda hamil anda tidak perlu " makan untuk dua orang". Walaubagaimanapun, adalah penting untuk anda mengambil diet yang sihat dan seimbang. Ramai ibu ibu yang hilang selera untuk makanan tertentu, tetapi anda boleh menggantikkan dengan makanan yang lain yang mengandungi nilai - nilai nutrisi yang sama. 

3. Berhati hati dengan kebersihan makanan yang anda ambil

Adalah lebih elok untuk anda mengelakkan makanan yang tertentu semasa hamil kerana ia boleh membawa risiko kesihatan bayi anda.

4.  Kurangkan Pengambilan Kafien 

Kopi, teh dan minuman bergas minuman berkafien yang mana boleh menyumbang kepada risiko mendapat bayi mempunyai kurang berat badan semasa lahir ataupun meningkatkan risiko keguguran.


5. Banyakkan Rehat

Anda akan merasakan lebih pada KELETIHAN diawal trimister pertama dan ketiga. Maka dengan itu anda sangat memerlukan rehat yang secukupnya. 





Kehamilan bukan la sesuatu yang boleh diambil ringan.Semoga dengan beberapa tips langkah langkah dalam kehamilan ini dapat membantu anda untuk lebih berjaga jaga...



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...