Wanita mana yang tidak mahu kelihatan bergaya apabila berhadapan orang ramai. Berpenampilan menarik dengan pakaian cantik, beg tangan mahal, solekan di wajah dan berkasut tumit tinggi.
Sebahagian wanita berpendapat, dengan menyarungkan kasut tinggi memberi lebih keyakinan terhadap diri. Apatah lagi pekerjaan yang memerlukan mereka bertemu orang ramai.
Ada juga yang menganggap memakai kasut tumit tinggi akan membuatkan diri mereka kelihatan seksi, malah tidak kurang juga yang mengatakan memakai kasut tumit tinggi membuatkan mereka lebih menawan serta anggun.
Meskipun pelbagai andaian dilontarkan, namun ada segelintir wanita yang tidak tahu kesan negatif pemakaian kasut tumit tinggi terhadap diri mereka terutama membabitkan tulang.
Selain kecenderungan yang tinggi untuk terseliuh di bahagian buku lali, pelbagai masalah disebabkan kasut bertumit tinggi seperti radang saraf dan ligamen, sakit pada belakang buku lali, otot betis memendek dan sakit belakang yang kronik.
Hasil kajian pakar pembedahan ortopedik dari Kole
j Perubatan Baylor, Houston, Profesor Madya Dr John Marymont, seseorang yang memakai kasut bertumit 2.5 inci memberi 50 peratus manakala kasut bertumit tiga inci memberi 76 peratus tekanan pada kaki.
Perunding Ortopedik Hospital Pantai Cheras, Dr Khairul Faizi Mohammad, berkata, wanita sebaiknya digalakkan memakai kasut bertapak rata (flat) berbanding memakai kasut bertumit tinggi.
“Jika wanita mahu juga memakai kasut tumit tinggi, dinasihatkan tidak lebih daripada dua sentimeter atau kurang. Pemakaian kasut tumit tinggi yang melampau boleh menyebabkan tulang pinggul, tulang belakang dan lutut menjadi bengkok.
“Pemakaian kasut tumit tinggi yang berterusan juga dapat meningkatkan risiko radang pada ibu jari, kerosakan tulang tapak kaki selain menyebabkan kaki merosot ke bahagian depan kasut kerana beban tertumpu pada jari kaki,” katanya ketika ditemui di hospital itu baru-baru ini.
Menurutnya, semakin berusia seseorang wanita, saiz serta tapak kaki juga semakin lebar disebabkan lemak semakin tipis. Selain itu, pemakaian kasut tumit tinggi turut mendorong peredaran darah tidak lancar.
“Bayangkan, waktu kerja saja memakan masa lapan jam atau lebih sehari. Kaki terpaksa bekerja keras untuk berjalan tanpa henti ditambah menampung berat badan si pemakai.
“Tekanan berat badan pada hujung kaki juga akan menyebabkan jari ketiga dan keempat menjadi sempit seterusnya menyebabkan kesakitan pada saraf.
Keadaan itu juga akan menyebabkan darah tidak dapat mengalir dengan betul kerana tersekat lalu menyebabkan kesakitan,” katanya.
Selain itu, masalah yang sering dihidapi mereka yang gemar berkasut tumit tinggi ialah bunion (hallux valgus) iaitu ibu jari kaki masuk ke dalam ke arah jari kedua lalu menyebabkan benjolan pada bahagian luar kaki di sebelah ibu jari kaki.
So Kengkawan.. kalau dapat elak, elakkan la dari memakai kasut bertumit tinggi terutama untuk tempoh masa yang panjang..sakit nanti sapa yang susah..kita juga..
No comments:
Post a Comment