KENAPA KITA PERLU KURUS





KURUS.. 


Siapa yang tak nak sentiasa cantik, slim, ramping dan kurus. Kita semua dilahirkan dengan berbeza beza saiz, berat, tinggi dan bentuk badan. Ada yang kurus, ada yang gemuk, ada yang biasa biasa aje. Bentuk badan yang ideal adalah secara sederhana iaitu tidak terlalu kurus dan tidak terlalu gemuk. yang sedang sedang aja!!!

Anda perlu mengurangkan makanan yang mengandungi banyak lemak dan kalori jika inginkan berat badan yang ideal. Tetapi harus ingat, anda tidak perlu belapar sehingga badan menjadi terlalu kurus. Makan lah dengan secukupnya dengan mengambil makanan yang berkhasiat seperti buah buahan dan sayuran. 

Kenapa pentingnya kurus. Mungkin ada yang beranggapan "tak kurus pun tak pe yang penting saya bahagia"  betul tu.. saya tak nafikan. tapi tahukah anda..jika kita terlalu gemuk, banyak masalah boleh kita hadapi.. 

Antara kesan atau masalah yang kita akan hadapi jika tidak menjaga berat badan :-

  • Strok
  • Penyakit jantung
  • Tekanan Darah Tinggi
  • Batu Hempedu
  • Kencing Manis
  • Gout
  • Kolestrol Tinggi
  • Sakit dibahagian bawah belakang badan
  • Barah Usus
  • Penyakit Hati dan banyak lagi

Berat badan yang ideal boleh dikira dengan mengira BMI.. jom saya share cara cara untuk mengira BMI :-

Indeks Jisim Tubuh (BMI): Berat tubuh badan (KG) bahagi Ketinggian (M) kali Ketinggian (M)

wah pening eh.. hihihi meh tgk contoh

Contoh : Jika berat badan anda 55 kg dan ketinggian anda 1.56 m Mula-mula, kalikan 1.56 dengan 1.56 bersamaan 2.4336 Kemudian bahagikan 55 dengan 2.4336 untuk mendapatkan BMI anda, yang mana jawapannya ialah 22.6 Mari lihat carta BMI di bawah. Sekiranya BMI anda :
* Kurang daripada 20, berat badan anda adalah berkurangan
* 20 hingga 24.9, anda terdiri dari berat badan yang normal
* 25 hingga 29.9, berat badan anda mulai berlebihan
* 30 dan keatas,anda adalah obesiti





So kengkawan..jom kita sama2 menjaga keadaan tubuh badan kita.. biarlah orang kata yang sedang2 aje kan..biar sihat dan cergas sentiasa.. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...