APAKAH ITU KALSIUM



Kalsium merupakah antara mineral yang terbanyak didalam tubuh badan kita. Kita perlu memastikan tubuh badan kita mendapat kalsium yang mencukupi daripada makanan untuk keperluan membina tulang dan gigi. Ini bagi mengelakkan kerosakkan tulang pada usia tua kelak. 

Produk tenusu adalah antara sumber kalsium yang paling banyak. Bagi orang dewasa, kita perlu memastikan mengambil sekurang kurangnya 3 hidangan dalam masa sehari yang penuh dengan kalsium. Untuk remaja, kanak kanak dan wanita mengandung serta warga emas, hanya memerlukan sekurang kurangnya 4 hidangan sahaja kalsium dalam masa sehari. 

Banyak sebenarnya sumber makanan yang penuh dengan kalsium ni. Sama ada dari produk tenusu ataupun bukan tenusu. Contoh kalsium dari produk tenusu adalah :  keju, susu, aiskrim, yogurt dan sebagainya. manakala produk yang bukan dari tenusu adalah seperti ; kalsium yg terdapat didalam susu soya, ikan bilis, sardin, jus dan sebagainya. 

Kalsium ni berfungsi untuk 

1. Pembentukkan tulang dan gigi
2. Mempertahankan struktur normal sel
3. Penyampaian pesan syaraf
4. Kontraksi Otot Jantung


so kengkawan. jangan ambil mudah dan pandang ringan pada kepentingan Kalsium ni. kita perlu pastikan yang badan kita cukup dengan kalsium supaya menjadi lebih sihat...









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...