Wanita, bila umur dah mencecah ke angka 30an..pastinya hal penjagaan kulit wajah menjadi perkara penting. Kulit kedut, tidak bermaya dan kusam pasti menjadi satu masalah pada wanita2 yang mula berusia ni.. sapa yang tak takut kulit berkedut wei. walau pada hukum hakikinya, yang muda pastikan tua, tapi kita tidak boleh memandang remeh bab2 penjagaan kulit ni..
ok.. jom mama elly nak share kan kepada anda semua tips penjagaan kulit yang mudah untuk kekal awet muda..
1. TIDUR YANG CUKUP
Tidur yang mencukupi adalah sangat penting dalam penjagaan tubuh badan dan kulit wajah juga. Tempoh waktu tidur yang baik adalah 6-8 jam sehari.
2. SENAMAN
Senaman dapat membantu tubuh badan kekal cergas dan aktif serta dapat berfungsi dengan baik. So rajin2 la bersenam ye..
3. BANYAK MAKAN SAYUR SAYURAN DAN BUAHAN
Sayur-sayuran seperti ulam ulaman mempunyai khasiat yang sangat tinggi dan boleh membantu ada sentiasa kelihatan muda. Ia juga baik untuk penjagaan kesihatan dalaman.
4. MINUM AIR YANG BANYAK
Air yang mencukupi didalam tubuh akan membantu melembabkan kulit dan melancarkan peredaran darah. Amalkan minum air sebanyak 8 gelas sehari.
5. JANGAN MEROKOK
Ish tak cantik rupanya wanita merokok tau.. tahukah anda..rokok boleh merosakkan struktur kulit. Ia juga merbahayakan kesihatan kan..Kajian mengatakan..45% faktor penuaan adalah dari mereka yang merokok berbanding wanita yang tidak merokok..
kredit info to : http://www.wanista.com
Di samping tips2 diatas.. ada juga petua petua yang boleh kita amalkan untuk awet muda yang mudah yg boleh kita amalkan seperti :-
1. Urut wajah dengan air dari bawah dagu ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W sebanyak 3 kali
2. Gunakan jari telunjuk kedua dua tangan anda dan letakkan dibawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi..pipi ke hidung dan seterusnya ke dahi.
3. Lakukan setiap pagi dan minum air suam sebelum sarapan pagi. Tapi perlu diingat, jangan sesekali mengurut wajah anda dari atas kebawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.
4. Selepas bangun pagi dan membaca doa.. sebelum mandi dan gosok gigi, masukkan air ke dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali didalam hati dan baru lah diteguk.
5. Tahukah anda, air liur diawal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar.
kredit info : petua awet muda
Banyak lagi sebenarnya petua petua yang sangat mudah kita amalkan untuk kelihatan lebih muda..
saya?? awet muda ke dah kerepot :p sila la muntah..hihihi |
selamat mencuba!!
No comments:
Post a Comment