CARA MENGEMBALIKAN SEMANGAT YANG PUDAR



rasanya setiap orang di dunia ni pernah mengalami simptom atau perasaan Hilang Semangat Diri @ Down @ Putus Asa. Macam apa yang berlaku pada diri saya sendiri 2 3 minggu yang lalu sebab bertukar tempat kerja. rasa down mmg sentiasa menguasai diri.Hilangnya semangat diri ini boleh membawa kesan kepada produktiviti diri..

Saya sekarang dalam tempoh mengembalikan semangat terutama semangat kerja yang selama ini semakin pudar terutama tibanya waktu pagi.

Saya nak share cara cara mengembalikan semangat yang pudar supaya lebih ceria dan happy selepas ini...

1. Tetapkan tujuan - agar apa yang kita lakukan akan membuahkan hasil. Kita juga kena pastikan sebarang perancangan yang dibuat perlu dilakukan dengan bersungguh sungguh. Kerja adalah Ibadah.

2. Luangkan masa untuk diri sendiri juga mampu meredakan perasaan badmood

3. Cari aktiviti selepas kerja seperti bermain badminton, futsal atau aktiviti yang menarik..

4. Tukar screensaver komputer. contohnya gambar2 yang kelakar...boleh buat kita ketawa sendiri. macam saya..saya letak gambar anak saya..

5. Pertahankan prestasi kerja adalah sesuatu yang penting. Walaupun anda bosan, jangan biarkan prestasi kerja menurun. Sebaliknya motivasikan diri untuk melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin.

6. 'reward' diri sendiri. Shopping la erti kata lain kan.. tak salah kan sesekali belanja diri sendiri. yang ni mmg terapi terbaik kan!!



harap2 tips ni dapat membantu diri saya dan kawan kawan jugak.. cayok cayok semua






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...