TIPS MUDAH KEKAL AWET MUDA





Wanita, bila umur dah mencecah ke angka 30an..pastinya hal penjagaan kulit wajah menjadi perkara penting. Kulit kedut, tidak bermaya dan kusam pasti menjadi satu masalah pada wanita2 yang mula berusia ni.. sapa yang tak takut kulit berkedut wei. walau pada hukum hakikinya, yang muda pastikan tua, tapi kita tidak boleh memandang remeh bab2 penjagaan kulit ni.. 

ok.. jom mama elly nak share kan kepada anda semua tips penjagaan kulit yang mudah untuk kekal awet muda.. 


1. TIDUR YANG CUKUP
Tidur yang mencukupi adalah sangat penting dalam penjagaan tubuh badan dan kulit wajah juga. Tempoh waktu tidur yang baik adalah 6-8 jam sehari. 


2. SENAMAN 
Senaman dapat membantu tubuh badan kekal cergas dan aktif serta dapat berfungsi dengan baik. So rajin2 la bersenam ye..


3. BANYAK MAKAN SAYUR SAYURAN DAN BUAHAN 
Sayur-sayuran seperti ulam ulaman mempunyai khasiat yang sangat tinggi dan boleh membantu ada sentiasa kelihatan muda. Ia juga baik untuk penjagaan kesihatan dalaman. 


4. MINUM AIR YANG BANYAK
Air yang mencukupi didalam tubuh akan membantu melembabkan kulit dan melancarkan peredaran darah. Amalkan minum air sebanyak 8 gelas sehari.


5. JANGAN MEROKOK
Ish tak cantik rupanya wanita merokok tau.. tahukah anda..rokok boleh merosakkan struktur kulit. Ia juga merbahayakan kesihatan kan..Kajian mengatakan..45% faktor penuaan adalah dari mereka yang merokok berbanding wanita yang tidak merokok..


 kredit info to : http://www.wanista.com


Di samping tips2 diatas.. ada juga petua petua yang boleh kita amalkan untuk awet muda yang mudah yg boleh kita amalkan seperti :-

1. Urut wajah dengan air dari bawah dagu ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W sebanyak 3 kali

2. Gunakan jari telunjuk kedua dua tangan anda dan letakkan dibawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi..pipi ke hidung dan seterusnya ke dahi.

3. Lakukan setiap pagi dan minum air suam sebelum sarapan pagi. Tapi perlu diingat, jangan sesekali mengurut wajah anda dari atas kebawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan. 

4. Selepas bangun pagi dan membaca doa.. sebelum mandi dan gosok gigi, masukkan air ke dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali didalam hati dan baru lah diteguk. 

5. Tahukah anda, air liur diawal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar. 


kredit info : petua awet muda


Banyak lagi sebenarnya petua petua yang sangat mudah kita amalkan untuk kelihatan lebih muda..


saya?? awet muda ke dah kerepot :p sila la muntah..hihihi



selamat mencuba!!





Rawati sakit kepala dengan Vitamin B Shaklee



Jika sebelum ini anda merawat sakit kepala anda dengan mengambil panadol, apa kata anda tinggalkan dulu. Cuba anda amalkan pemakanan Vitamin B Complex Shaklee.. 


Kenapa Vitamin B Complex???

sebab..Vitamin B Complex ini mengandungi 8 komponen penting vitamin B yang lengkap iaitu :-

1. Vitamin B1 (Thiamin)
2. Vitamin B2 (Riboflavin)
3. Vitamin B3 (Niacin)
4. Vitamin B5 (Pantothenic acid)
5. Vitamin B6 (Pyridoxine)
6. Vitamin B9 ( Folic acid)
7. Vitamin B 12 (Cobalamin)
8. Biotin


Kajian membuktikan, Vitamin B2 dan Vitamin B6 boleh membantu mengurangkan sakit kepala seperti Migrain. Namun begitu, harus lah diingat, Ia bukan la semata mata untuk mengurangkan risiko serangan sakit kepala atau migrains sahaja, ia juga boleh mengcegah penyakit lain seperti strok, depresi, dan lain - lain. 

Yang pastinya, Vitamin B Complex Shaklee adalah pilihan terbaik berbanding mengambil ubat yang berasaskan dadah secara berterusan..


jom contact saya untuk lebih info..







PETUA HILANGKAN SAKIT KEPALA



Kawan kawan selalu sakit kepala tak. saya pun sekarang kerap jugak tapi Alhamdulillah.sejak2 ni makin berkurangan. Sakit kepala ni jangan diambil ringan ye..Sakit kepala yang kerap dan teramat sakit boleh membuatkan segala urusan harian kita terbantut. macam mana nak buat kerja kalau kepala sakit kan..

Sakit kepala ni berpunca dari macam - macam faktor seperti stress, keradangan, kesilapan pengambilan makan dan sebagainya. Bagaimana nak merawatnya.. ada yang mengambil ubat seperti ubat migrain.Tapi tahukah anda jika anda mengalami alergic ubat migrain..Berikut adalah beberapa cara untuk mengurangkan sakit kepala yang boleh saya kongsikan kepada anda semua..


a) Minum Air Kosong

Ubat paling mujarab.kemungkinan anda sakit kepala adalah kerana badan anda kekeringan atau dehidrasi. Jadi.. minum seteguk dua air kosong dan rehat. Sakit kepala anda akan berkurangan. 

b) Bernafas la dengan lebih baik sambil menutup mata

Kemungkinan anda sakit kepala adalah kerana kekurangan oksigen. Jadi, anda perlukan menenangkan diri, tarik nafas dalam dalam buat seketika sambil tutup mata. (pergerakkan ini adalah untuk merilekskan otot mata yang menjadi punca sakit kepala)

c) SPA/STIM atau mandi air panas

Berendam didalam air panas boleh melegakan ketegangan dan sakit kepala. atau anda boleh ke SPA berdekatan untuk mendapatkan rawatan stim. 


d) Urut Kepala

Ambil tuala kecil, basahkan dengan air sejuk dan tekan secara lembut dibahagian kepala dan leher belakang. Ia boleh mengurangkan ketegangan yang berlaku di sekitar kepala.

e) Tidur

Tidur la dengan aman. Lupakan seketika laptop facebook tv lampu dan langsir. Berehat dan lapangkan fikiran anda. Ini adalah cara yang paling mudah dan berkesan


harap dengan ada nya sedikit perkongsian petua mengubati sakit kepala ni boleh membantu kita semua mengelakkan sakit kepala ini mengganggu kehidupan seharian kita..






SET HAMIL SHAKLEE - TESTIMONIAL


BUKTI KEBERKESANAN SET HAMIL SHAKLEE INI
KEPADA IBU IBU HAMIL DILUAR SANA

(atas izin ALLAH juga kan)






jadi anda tidak perlu rasa ragu ragu dan was was dengan produk Shaklee ni..
ramai yang dah merasakannya.. 
anda bila lagi.. 



klik sini untuk info mengenai  Set Hamil Shaklee


jom contact saya untuk lebih info..




boleh juga call/sms/whatsapp ke nombor baru saya  : 010 - 436 0734

SET HAMIL SHAKLEE - KAMI IKUT BUDGET ANDA

Sebab semalam kita dah bercerita tentang pemakanan yang sihat untuk ibu hamil. Di samping kita menjaga pemakanan, makanan tambahan untuk membantu penjagaan kesihatan juga perlu kita titik beratkan. 



Shaklee juga ada menyediakan supplement untuk ibu hamil yang membantu memastikan ibu hamil ini sentiasa sihat dan cergas sepanjang tempoh kehamilan mereka. Dan mmg terbukti set hamil ini mmg betul2 membantu  dan berkesan kepada ibu hamil..

Ramai yang bertanya saya tentang set hamil ini tapi mengadu kerana set hamil Shaklee MAHAL. Tapi tahu kah anda.. Shaklee tak kejam.. shaklee mengikut budget anda..bukan anda WAJIB ikut budget kami. jom saya share set hamil mengikut pakej..







BERIKUT ADALAH FUNGSI FUNGSI SETIAP PRODUK SHAKLEE TERSEBUT UNTUK IBU HAMIL..:-


1. ESP - ENERGY SOY PROTEIN  - 



HOT SELLING PRODUCT!! amat digemari ibu ibu hamil waktu ini.. Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten. Ibu hamil kan mudah lapar.. so dengan adanya ESP ni boleh membantu rasa lapar tu sehingga waktu makan yang rutin.



2. OSTEMATRIX - 




Kalsium sangat penting untuk ibu hamil kerana ia dapat membantu membina darah, membina tulang dan saraf. Terutama kepada ibu hamil yang kerap terjadinya kramp kaki. Pilihan buat ibu hamil yang tidak suka minum SUSU!!


3. VITAMIN B COMPLEX -

Vitamin B Complex Shakee mempunyai 8 jenis vitamin B iaitu seperti B1, B2, B3, B6, Biotin, asid pantotenik, asid folic dan B12 yang membantu badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga. Ia juga membantu pembentukkan sel darah merah didalam tubuh. Sangat bagus bagi ibu hamil yang kerap mengalami "morning sickness"


4. VITA-LEA IRON FORMULA

Vita-Lea ini mengandungi multivitamin yang terbaik dengan zat besi. Ia sangat membantu dalam pembentukkan sel - sel darah merah. Tapi, ibu hamil yang mengambil Vita-Lea tidak perlu lagi mengambil Obimin. 


Jadi ibu ibu semua.. jangan ragu ragu dengan set hamil ini kerana ia nya mmg terbukti memberikan banyak faedah dan kebaikkan kepada ibu ibu semua.

Anda boleh memilih pakej mengikut budget anda atau hubungi saya untuk lebih info..




boleh juga call/sms/whatsapp ke nombor baru saya  : 010 - 436 0734







PEMAKANAN SIHAT BAGI IBU HAMIL






Sejak 2 menjak ni ramai betul kawan2 yang hamil. gembira saya untuk mereka. tapi seperti yang kita tahu, ibu hamil ni banyak yang kena jaga. pemakanan, pergerakkan dan lain lain. adakalanya ibu hamil mengabaikan cara pemakanan yang mereka ambil. 

Pemakanan yang baik adalah penting untuk tumbesaran janin dalam kandungan. Perkara utama yang perlu dibeli penekanan adalah pengambilan makanan untuk diet seimbang setiap hari. Dibawah ini adalah contoh beberapa pilihan makanan yang berkhasiat yang sesuai di ambil oleh ibu hamil :-



1. BROKOLI 



Nyum nyum nyum sedapnye.. sayur kegemaran anak saya. Ok..kebaikkan brokoli adalah kaya dengan vitamin A, vitamin C dan sangat kaya dengan kalsium. Pengambilan brokoli yang kerap dapat membantu sistem imun badan dan kekuatan tulang yang diperlukan oleh bayi dalam kandungan 


2. AVOKADO




Buah avokado ni sangat kaya dengan pelbagai vitamin.antaranya seperti B6, Vitamin C dan kalsium yang penting untuk perkembangan otak dan sistem saraf bayi. Ia juga sangat baik untuk melancarkan saluran pencernaan ibu hamil dan ini boleh membantu mengelakkan sembelit. Ia sangat sedap dijadikan jus minuman utk sarapan pagi. 


3. KEKACANG 



Kekacang sangat baik kerana mengandungi banyak kandungan mineral yang penting seperti magnesium, selenium, kalsium dan kalium. Ia baik untuk mengelakkan ibu hamil daripada kekejangan anggota badan. 


4. KURMA DAN MADU



Kurma ini adalah makanan berasaskan sunnah Rasulullah SAW. Ia sangat kaya dengan zat dan vitamin yang tinggi dan memberikan tenaga yang optimum kepada ibu hamil.Ia melancarkan perjalanan darah kebaikkan kepada tumbesaran minda bayi


5. LOBAK MERAH 



 


Lobak merah atau carrot ini sangat kaya dengan vitamin A yang mana ianya sangat sangat baik untuk pertumbuhan mata, tulang dan gigi yang sihat kepada bayi. Ia boleh dimakan mentah dan juga sangat lazat untuk dijadikan jus atau sup. 


6.TELUR

Telur sangat kaya dengan khasiat seperti vitamin, mineral dan choline. Sebutir telur besar mengandungi 251 miligram choline. Choline adalah salah satu nutrisi penting untuk ibu hamil sebagai pembentukkan otak janin sehingga terbentuk menjadi bayi. 


7. IKAN SALMON



Ikan salmom sangat berprotein tinggi. Ia juga mempunyai sumber omega-3 yang tinggi. Omega-3 adalah lemak penting yang diperlukan untuk pertumbuhan sel otak dan kecerdasan bayi. 


Jadi ibu ibu hamil semua.. boleh la mencuba makan makanan berkhasiat ni demi menjaga kesihatan anak dan diri sendiri.. 



kredit to : 

NOMBOR TELEFON BARU DAN WHATSAPP

HAI.. nak order SHAKLEE dengan MAMAELLY dah boleh menggunakan whatsapp.. 
org lain dah lama ada tak kecoh dah.. tak ape la..
 ini kemudahan terbaru utk uols2 semua order shaklee dengan mama elly kay..



call/sms/whatsapp ke : 010-4360734
sms&call sahaja : 017-7442504
email : awek_kluang@yahoo.com
pm di personal fb  : zaleha mamaelly
fb page : sihatbyMAMAELLY


jangan malu2 ye nak contact saya

tq






VITAMIN B COMPLEX - LANGKAH BIJAK HILANGKAN STRESS DAN TEKANAN




setiap pagi saya akan amek sebiji Vitamin B Complex. 

sebab.. saya ni mudah stress..mudah berasa tension. 

so Vitamin B Complex dapat mengurangkan rasa Stress tu.
sekarang pun dah kurang dah. saya lebih tenang..lebih relax.. 


anda mudah stress mcm mamaelly..jom..

vitamin B complex boleh membantu.menambah tenaga pun ye jugak..








CARA MENGEMBALIKAN SEMANGAT YANG PUDAR



rasanya setiap orang di dunia ni pernah mengalami simptom atau perasaan Hilang Semangat Diri @ Down @ Putus Asa. Macam apa yang berlaku pada diri saya sendiri 2 3 minggu yang lalu sebab bertukar tempat kerja. rasa down mmg sentiasa menguasai diri.Hilangnya semangat diri ini boleh membawa kesan kepada produktiviti diri..

Saya sekarang dalam tempoh mengembalikan semangat terutama semangat kerja yang selama ini semakin pudar terutama tibanya waktu pagi.

Saya nak share cara cara mengembalikan semangat yang pudar supaya lebih ceria dan happy selepas ini...

1. Tetapkan tujuan - agar apa yang kita lakukan akan membuahkan hasil. Kita juga kena pastikan sebarang perancangan yang dibuat perlu dilakukan dengan bersungguh sungguh. Kerja adalah Ibadah.

2. Luangkan masa untuk diri sendiri juga mampu meredakan perasaan badmood

3. Cari aktiviti selepas kerja seperti bermain badminton, futsal atau aktiviti yang menarik..

4. Tukar screensaver komputer. contohnya gambar2 yang kelakar...boleh buat kita ketawa sendiri. macam saya..saya letak gambar anak saya..

5. Pertahankan prestasi kerja adalah sesuatu yang penting. Walaupun anda bosan, jangan biarkan prestasi kerja menurun. Sebaliknya motivasikan diri untuk melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin.

6. 'reward' diri sendiri. Shopping la erti kata lain kan.. tak salah kan sesekali belanja diri sendiri. yang ni mmg terapi terbaik kan!!



harap2 tips ni dapat membantu diri saya dan kawan kawan jugak.. cayok cayok semua






semangat di hari isnin





segalanya perlu bersatu jika ingin berjaya!!

cayok cayok!


SHAKLEE ... permulaan pagi saya yang sihat!!

hai semua.. sihat ke.. pagi ni saya sihat cuma sedikit letih.biasa la..kita ni manusia biasa makan la ape vitamin pun..letih tu ttp ada..seharian bekerja kan.. tapi saya takkan skip segala makanan tambahan untuk terus memastikan saya sentiasa kekal cergas sehingga waktu tidur saya..

kawan kawan dah breakfast ke. pagi ni saya breakfast meehoon goreng. ada letak rendang daging sikit.. perghhhhhhh heavynyeee... saya google tadi..jumlah kalori untuk meehoon goreng adalah 660kalori. campur pulak dengan rendang daging.. dah bape tu.. huhu 

tapi hari ni je.. terasa di mulut nak makan meehoon dengan rendang.lunch kang saya kurangkan la kalori tu.. heheh 

ok...saya nak share apa yang saya ambil setiap hari sebagai makanan tambahan utk saya kelihatan cergas sehingga malam..


1. ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)




Kenapa saya pilih ESP? ESP ni sangat2 baik untuk diminum diwaktu pagi kerana ia PEMBERI TENAGA SEGERA. ESP ini membekalkan tenaga dan meningkatkan sistem imun. Ia dapat memulihkan keletihan dan mengelakkan migrain.. 

Lagipun ia mengelakkan saya berasa lapar sementara menunggu waktu makan tengahari. bekerja didalam ekon ni, risiko sentiasa lapar tu mmg ada..so bila minum ESP..kurang la sikit..boleh la bertahan sampai ke time lunch..



2. VITAMIN B COMPLEX



Haa.. yang ni pun adalah sumber tenaga juga. dan yang paling saya suka vitamin B ni.. dia mengelakkan saya berasa STRESS pada waktu kerja.. kerja banyak kan..so mesti la tension..bila telan vitamin B ni.. insya Allah..kurang sikit stressnye..



3. LECITHIN




haa.. dah makan banyak banyak tadi.. ini la kerja Lecithin...fungsi dia untuk memecahkan lemak lemak yang terkumpul tu.. so tak de la risau sangat walaupun TERmakan lebih tadi...



4. ALFAFA



Alfafa ni adalah sebagai fiber yang mengeluarkan segala lemak lemak yang telah dipecahkan oleh lecithin tu tadi..





permulaan pagi yang baik adalah sangat penting untuk memastikan aktiviti seharian saya berjalan dengan lancar...

anda nak juga??? jom pm saya...












atasi SELESEMA dengan OMEGA GUARD SHAKLEE


selain dari petua petua mengatasi selesema yang saya kongsikan dalam entry sebelum ini,  kita boleh mengatasi masalah selesema ini dengan adanya OMEGA GUARD SHAKLEE. 



Omega Guard Shaklee mengandungi Omega-3 asid iaitu merupaka asid lemak yang perlu tetapi tidak dapat dihasilkan oleh badan dan perlu diambil daripada diet harian. Omega-3 ini bertindak untuk meningkatkan aktiviti phagocytes (sel darah putih ) yang memusnahkan bacteria. Omega-3 akan menapis segala virus dan bakteria daripada badan. Tahukah anda, kanak-kanak yang mengambil Omega-3 dari kecil dapat mengurangkan jangkitan selesema atau jangkitan pernafasan.

Bagaimana Omega Guard Shaklee dapat mengurangkan masalah selesema ini...

Omega Guard Shaklee mengandungi beberapa vitamin penting yang sangat2 diperlukan bagi mengatasi masalah selesema ini..iaitu seperti :-

Vitamin C yang bertindak sebagai immune booster. Ia boleh meningkatkan antibodi badan seseorang dan dapat meningkatkan sel darah putih untuk melawan jangkitan

Vitamin E / Corotomax iaitu antioksidan yang berfungsi untuk meneutralkan radikal bebas yang merosakan sel. Vitamin E ini boleh meningkatkan pembentukan B-cell yang merupakan sel imun yang menghasilkan antibody bagi memusnahkan bakteria.

Zink iaitu merupakan mineral yang diperlukan oleh badan untuk membentuk enzim dan protein yang mana ia dapat meningkatkan pembentukan T-Cell yang bertugas melawan jangkitan. 


Jika anda selesema, anda boleh disarankan mengambil 2 tablet Omega Guard setiap malam dan Insya Allah selesema akan berkurangan. Masalah hidung tersumbat juga boleh diatasi. 



kredit info to Mychibibox 


jom contact saya untuk lebih info



SELESEMA.. OUCHHHH TAK SELESANYA



Bila kita selesema..pastinya rasa sangat sangat tak selesa kan. Apetah lagi jika anak anak kecil yang selesema.

Untuk pengetahuan semua, selesema merebak apabila seseorang yang menghidap selesema itu bersin dan menyebarkan virus selesema ke udara untuk dijangkiti oleh orang lain. Ia boleh disebarkan melalui sentuhan tangan. Oleh itu sebaik baiknya,kita hendaklah sentiasa mencui tangan selepas menghembus hidung jika anda sedang selesema. Dan bayi serta kanak kanak cenderung untuk dijangkiti selesema dengan kerap kerana mereka dilahirkan dengan sistem iminiti yang hanya berfungsi sebanyak 60 peratus sahaja .

Pelbagai simptom selesema ni antaranya :

a) hidung tersumbat/lelehan cecair hidung
b) gatal/sakit tekak
c) batuk
d) sakit sakit badan
e) demam 


Tips membantu membuatkan diri lebih selesa apabila selesema..

a) sentiasa BERSIHKAN TANGAN anda
b) BERUS/BERSIHKAN barangan anda
c) Guna KERTAS TISU apabila bersin
d) Jangan KONGSI
e) minum BANYAK AIR
f) dapatkan REHAT yang MENCUKUPI
g) legakan TEKAK anda


Petua hilangkan selesema secara tradisional

1. untuk hilangkan selesema bagi kanak kanak, caranya :- ambil beberapa helai daun kaduk dan ramaskan daun tersebut dengan sedikit kapur sirih dan air. Kemudian lumurkan bahan tersebut diatas dada dan perut anak. Insya Allah lendir kahak dan selesema akan keluar melalui najis anak..

2. petua untuk bayi pula caranya - ambil kunyit hidup dan bersihkannya. kemudian asah kunyit hidup tadi pada belakang pasu atau belakang lesung batu. kemudian sapukan hasil asahan kunyit itu pada batang hidung bayi yang selesema itu

3. untuk orang dewasa pula.. ambil satu camca besar teh dan masukkan ke dalam segelas air panas. Ditapis dan ambil airnya lalu diperah limau nipis kedalamnya.Minum dan insya Allah selesema akan berkurangan..

ataupun 

ambil seulas bawang merah, buang kulit dan makan. (cara yang diamalkan oleh orang2 zaman Nabi Muhammad SAW dahulu)


so jangan lupa menitikberatkan hal penjagaan kebersihan terutama tangan untuk mengelakkan virus selesema mudah dijangkit..





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...